Krejcikova julang gelaran Wimbledon
Krejcikova julang gelaran Wimbledon
LONDON – Pemain sensasi Republik Czech, Barbora Krejcikova mengakui puas apabila dapat bergelar ‘ratu’ Wimbledon selepas muncul juara kejohanan bertaraf Grand Slam itu dengan menewaskan Jasmine Paolini 6-2, 2-6, 6-4 pada aksi final hari ini.
Menurut Krejcikova, kemenangan tersebut didedikasikan sepenuhnya kepada legenda tenis negaranya, Jana Novotna yang telah meninggal dunia disebabkan kanser pada 2017 ketika berusia 49 tahun.
Krejcikova yang kini berusia 29 tahun berkata, sikap rendah diri Novotna dalam memberi nasihat pada awal karier selain kejayaannya menjuarai Wimbledon edisi 1998 menjadi sumber inspirasi buatnya pada kempen kali ini.
“Saya masih ingat ketika kecil saya pernah ke rumah Novotna untuk memberikannya surat sebagai peminat dan apa yang dia balas telah mengubah hidup saya. Dia percaya saya mampu jadi pemain tenis terbaik dan menjuarai kejohanan Grand Slam.
“Secara peribadi, saya langsung tidak percaya dengan kejayaan menjuarai Wimbledon kerana trofi ini sama dengan apa yang diraih Novotna pada 26 tahun lalu,” katanya yang meraih gelaran Grand Slam kedua peribadi selepas Terbuka Perancis edisi 2021.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Syed Saddiq dan larian politik yang penuh kontroversi dan keraguan.
- Mungkinkah Keputusan YDP Dewan Rakyat Mengekalkan 6 Kerusi Ahli Parlimen PPBM Akan Mencetuskan Krisis Perlembagaan?
- Masukkan Usul Desak Kerajaan Berikan Penjelasan Mengenai Kewujudan Titah Adendum Pengampunan DS Najib Dalam PAU
Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?
Mengulas lanjut, Krejcikova menganggap kemenangan pada Wimbledon kali ini seperti kisah dongeng kerana agak bergelut ekoran kecederaan dan tidak menang sebarang perlawanan bermula Februari hingga Jun lepas.
“Saya tidak berada pada tahap terbaik sejak awal tahun kerana dihimpit kecederaan tetapi kini saya bergelar juara Wimbledon. Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku tetapi ini adalah kisah yang sempurna,” katanya. – AGENSI
Krejcikova julang gelaran Wimbledon
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024
- Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?
- Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :