Polis trafik patah paha, ‘kuda putih’ rempuh van

Oleh – Syeikh Baran


Polis trafik patah paha, ‘kuda putih’ rempuh van
Keadaan motosikal ditunggang anggota polis trafik selepas merempuh sebuah van di Jalan Kubang Panjang, Tumpat, hari ini. Foto IHSAN POLIS

Seorang anggota polis trafik berpangkat konstabel patah paha kirinya selepas motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah van di Jalan Kubang Panjang, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu berlaku semasa anggota polis tersebut menunggang motosikal jenis Honda CBX750 untuk tugasan rasmi kawalan lalu lintas sempena lawatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ke Pengkalan Kubor, di sini.



Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan mendapati semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah van jenis Vannette dipandu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang berada di depan motosikal anggota polis itu telah membelok ke kanan.

“Mangsa cuba mengelak kenderaan itu, namun gagal sebelum merempuh pintu van tersebut. Kemalangan itu menyebabkan anggota polis itu patah pada paha kirinya sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button