SRG juara MSC, raih RM4.6 juta

SRG juara MSC, raih RM4.6 juta

SRG juara MSC, raih RM4.6 juta
SRG melakar sejarah e-Sukan negara apabila muncul juara dunia MLBB. – Twitter Selangor FC

KUALA LUMPUR – Pasukan Selangor Red Giants (SRG) melakar sejarah baharu dalam arena e-Sukan negara selepas muncul juara pada kejohanan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 sebentar tadi.

Pada aksi final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi, SRG mencatat kemenangan 4-3 ke atas pasukan Filipina Falcons AP Bren Sport, sekali gus memahat nama sebagai juara baharu.

Lebih manis, pemain jungler SRG, Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul yang lebih dikenali sebagai Sekyss turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada kejohanan tersebut.



Kemenangan bersejarah itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menyampaikan ucapan tahniah kepada SRG.

Selaku juara, SRG mendapat durian runtuh apabila membawa pulang trofi kejuaraan serta hadiah wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM4.6 juta). – KOSMO! ONLINE

 

SRG juara MSC, raih RM4.6 juta

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button