Tesla halang lintasan pejalan kaki diconteng

Oleh – Syeikh Baran


Tesla halang lintasan pejalan kaki diconteng
Sebuah kenderaan diconteng gara-gara menghalang lintasan pejalan kaki.

Tindakan seorang pemilik kenderaan elektrik (EV), Tesla, meletakkan keretanya di lintasan pejalan kaki membawa padah apabila ia diconteng menggunakan pen penanda.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook Mont Kiara Community, sebuah kenderaan jenama Tesla berwarna putih dilihat diparkir di lintasan pejalan kaki berhampiran kedai serbaneka.



Turut kelihatan perkataan ‘Park Properly Lah!’ diconteng di bahagian but hadapan kenderaan tersebut menggunakan pen penanda berwarna hitam.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pemilik kenderaan tersebut selain mengingatkan sesama mereka supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan situasi sama.

“Saya tidak tahu mengapa saya berasa sangat puas tetapi juga teruk pada masa sama. Begitu banyak tempat letak kereta tersedia di pusat beli-belah Kiara 163, LG3! Boleh beli kereta tapi tak boleh bayar parkir?,” kata Anne.

“Kereta pintar tidak menjadikan pemiliknya pintar,” kata Hitam Putih.



“Walaupun tindakan ‘nakal’ ini melanggar undang-undang, pemilik kereta juga perlu mengambil tanggungjawab untuk tidak meletak kenderaan di tempat yang salah yang boleh menyebabkan ketidakselesaan lalu lintas,” kata Nick.

“Anda menganggap merosakkan sesuatu adalah wira? Ikut peraturan, hubungi pihak berkuasa untuk menarik kereta, jangan ambil undang-undang ke tangan anda sendiri,” kata Tze.

“Saya harap pelaku tahu Tesla ada kamera keselamatan 360 darjah yang sentiasa merakam,” kata Wai.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button