Tiru Suara TokTi Kaut Keuntungan [VIDEO]

Suara Lunak Disalahgunakan Tipu Orang, Scammer Didakwa Guna (AI) 

Tiru Suara TokTi Kaut Keuntungan

Tiru Suara TokTi Kaut Keuntungan

Dalam era digital yang semakin maju, teknologi kecerdasan buatan (AI) kini menjadi alat yang disalahgunakan oleh sesetengah individu untuk melakukan penipuan.

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai taktik scammer yang menggunakan teknologi AI untuk meniru suara dan wajahnya demi mengaut keuntungan.



Tiru Suara TokTi Kaut Keuntungan

 

Siti, yang kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini, telah memuat naik perkongsian di Instagram untuk memberi peringatan kepada pengikutnya. Dalam perkongsian tersebut, Siti menegaskan bahawa percubaan menggunakan nama dan gambar beliau adalah satu penipuan.

“Palsu! Jangan percaya ‘scammer’!” tulis Siti.



“Ini adalah salah satu contoh kes cubaan menipu menggunakan nama, akaun media sosial yang ada nama dan gambar saya. Siap letak suara AI untuk yakinkan orang ramai. Selebihnya, ambil mana-mana video ‘live’ saya dengan tujuan hendak perangkap supaya orang percaya.”

Penipuan yang dilakukan oleh scammer ini melibatkan penggunaan suara dan wajah AI untuk mencipta video atau mesej palsu yang seolah-olah datang dari Siti Nurhaliza. Mereka menggunakan video ‘live’ beliau yang sedia ada untuk menambah keaslian kepada penipuan tersebut.

View this post on Instagram



A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Dengan cara ini, scammer cuba meyakinkan mangsa untuk mempercayai dan seterusnya memberikan wang atau maklumat peribadi.

Siti mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mesej, panggilan video, atau sebarang bentuk komunikasi yang mengaku datang dari beliau.



Dalam peringatannya, Siti menekankan bahawa beliau tidak pernah membuat sebarang pertandingan atau tawaran wang tunai kepada sesiapa.

Beliau juga menyeru agar orang ramai menyebarkan maklumat ini kepada keluarga, sahabat, dan rakan-rakan supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan.

Tiru Suara TokTi Kaut Keuntungan

 



“Tolong sampaikan, sebar, nasihat dan maklumkan kepada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan anda bahawa saya tidak pernah membuat pertandingan atau dengan tujuan memberi wang tunai kepada sesiapa. Jangan terpedaya apabila terima mesej, panggilan video dan sebagainya,” katanya.

Kejadian ini menonjolkan kepentingan kesedaran digital di kalangan masyarakat. Dalam era teknologi yang serba canggih ini, penipuan semakin sukar untuk dikenalpasti.

Oleh itu, penting bagi setiap individu untuk terus peka dan tidak mudah terperdaya dengan sebarang bentuk komunikasi yang mencurigakan.

Tiru Suara TokTi Kaut Keuntungan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button