Usaha kerajaan berhasil jadikan prestasi ringgit bertambah baik

Usaha kerajaan berhasil jadikan prestasi ringgit bertambah baik

Usaha kerajaan berhasil jadikan prestasi ringgit bertambah baik
AMIR Hamzah ketika sidang media di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Tumpat: Peningkatan interaksi dengan pengeksport untuk menukar hasil kepada Ringgit Malaysia serta memantau penukaran hasil eksport dan import adalah usaha kerajaan dalam menjadikan prestasi ringgit bertambah baik.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, strategi bersepadu di antara Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM) memperlihatkan prestasi ringgit semakin mengukuh sejak enam bulan kebelakangan ini.

“Seperti mana yang kita lihat, ringgit semalam berada pada sekitar 4.68 berbanding dolar Amerika dan sudah semakin konsisten di bawah paras 4.70.



“Sehingga 11 Julai, kita dapat melihat ringgit berada di kedudukan pertama antara negara serantau dengan peningkatan sekitar dua peratus dan purata harian jumlah dagangan pasaran kewangan meningkat ke AS$17.6 bilion.

“Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan termasuk galakan pendapatan langsung asing oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibawa balik ke Malaysia, memperkukuhkan ekonomi tempatan dan meneruskan reformasi fiskal yang dijanjikan,” katanya dalam lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?




Menurutnya, dengan usaha bersepadu dan pengurusan fiskal yang efisien serta berdisiplin, beliau yakin prestasi matawang pada separuh kedua 2024 akan bertambah baik.

Selain melihat kepada keadaan semasa nilai ringgit, katanya Kadar Dasar Semalaman (OPR) juga memainkan peranan penting dalam membina ekonomi negara lebih baik.

“OPR yang kita ada kekal dalam tempoh yang sama dan impaknya, ringgit makin kuat malah OPR tak dinaikkan juga.

“Impaknya bagus dari segi kewangan tapi tak semua negara yang ikut fahaman yang sama, ada yang naikkan untuk tingkatkan ‘currency’ tapi impaknya kepada rakyat lebih teruk.



“Alhamdulullah usaha kita dapat jana ringgit lebih baik lagi,” katanya.

Usaha kerajaan berhasil jadikan prestasi ringgit bertambah baik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button