Aaron-Wooi Yik, pasangan No.1 dunia dalam kumpulan sama

Aaron-Wooi Yik, pasangan No.1 dunia dalam kumpulan sama

Aaron-Wooi Yik, pasangan No.1 dunia dalam kumpulan sama
AARON (kanan) dan Wooi Yik perlu bersaing dengan Wei Keng-Wang Chang bagi merebut kedudukan juara Kumpulan A.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik diundi dalam Kumpulan A bersama pasangan No.1 dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang menjelang saingan di Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.

Pada sesi undian yang dilakukan hari ini, Wei Keng-Wang Chang dilihat sebagai satu-satunya pencabar buat Aaron-Wooi Yik apabila dua lagi slot diisi beregu Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy dan Dong Adam-Nyl Yakura dari Kanada.

Justeru, pasangan China itu dianggap sebagai halangan terbesar buat Aaron-Wooi Yik untuk bergelara juara kumpulan memandangkan mereka tewas enam kali dalam lapan pertemuan kepada Wei Keng-Wang Chang.



Bagaimanapun, pertemuan terakhir antara kedua-dua beregu itu pada saingan Piala Thomas 2024 Mei lalu menyaksikan Aaron-Wooi Yik yang juga bekas juara dunia mencatat kemenangan ke atas mereka.

Sementara itu, pasangan negara juga memiliki rekod kemenangan 4-1 ke atas Lane-Vendy yang merupakan gandingan No.18 dunia selain tidak pernah bertemu dengan Adam-Yakura sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.



 

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking kelima dunia ketika ini merupakan pemenang pingat gangsa ketika mereka melakukan penampilan sulung di pentas Olimpik pada edisi Tokyo 2020.

Kali ini, mereka diletakkan sebagai salah satu prospek bagi mendapatkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia dalam temasya sukan terbesar dunia itu. – KOSMO! ONLINE

Aaron-Wooi Yik, pasangan No.1 dunia dalam kumpulan sama

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button