Bapa diberkas perkosa anak hingga bersalin

Oleh – Syeikh Baran


Bapa diberkas perkosa anak hingga bersalin
Gambar Hiasan

Seorang bapa di sini tergamak melakukan sumbang mahram sehingga anak gadisnya melahirkan bayi perempuan yang kini berusia empat tahun.

Perkara itu terbongkar apabila ibu saudara mangsa nekad membuat laporan polis pada pukul 9.36 malam semalam.



Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman, pihaknya menerima satu laporan mengenai kes rogol yang dilakukan oleh bapa kandung terhadap anak perempuannya secara paksa sehingga melahirkan seorang anak.

“Bertindak atas laporan yang dibuat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin telah menangkap seorang lelaki berusia 52 tahun pada pukul 10 malam hari yang sama kerana disyaki terlibat dengan kes rogol tersebut.

“Lelaki itu yang merupakan si bapa kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Amiruddien lagi, siasatan awal mendapati kejadian rogol itu telah berlaku sejak tahun 2019 semasa mangsa iaitu anak perempuannya sendiri baru berusia 20 tahun sehingga bulan ini.



Menurutnya, mangsa tidak mahu membuat laporan polis kerana takut serta bimbang terjadi apa-apa terhadap dirinya.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button