Lelaki patahkan ‘wiper’ Alza dicari

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki patahkan ‘wiper’ Alza dicari
TANGKAP layar sebuah video tular memaparkan seorang lelaki cuba mematahkan wiper sebuah kenderaan.

Polis mengesan seorang lelaki yang merosakkan kenderaan milik seorang wanita di Jalan Dataran Sentral 2 bersebelahan Seremban Gateway di sini seperti yang tular dalam Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa seorang pegawai bank di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 5.46 petang, Sabtu lalu.



Video yang dirakam menerusi kamera papan pemuka itu memaparkan perbuatan seorang lelaki mematahkan ‘wiper’ kenderaan tersebut.

“Mangsa beritahu Perodua Alza miliknya ditinggalkan di tempat letak kereta Jalan Dataran Sentral 2 untuk ke tempat kerja sebelum mendapati cermin hadapan dipecahkan, ‘wiper’ patah manakala kedua-dua cermin sisi rosak.

“Lokasi itu merupakan tempat letak kenderaan sebelum pengadu ke tempat kerja secara ‘car pool’ bersama rakan sekerja,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohamad Hatta berkata, suspek telah dikenal pasti dan usaha untuk mengesan dan menangkap lelaki itu sedang dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.



Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Seremban di talian 06-6033222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Amram Ismail menerusi  019-9661346.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button