Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump

Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump

Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
DONALD Trump. FOTO Reuters

Washington: Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS) Aileen Cannon menolak pertuduhan tambahan terhadap bekas Presiden Donald Trump dalam kes dokumen sulit terhadapnya, menurut satu perintah yang difailkan pada Isnin, lapor Sputnik.

“Permohonan bekas Presiden Trump untuk Menolak Pertuduhan Berdasarkan Pelantikan dan Pembiayaan Tidak Sah ‘Special Counsel’ Jack Smith diluluskan mengikut Perintah ini.

Pertuduhan Tambahan ini ditolak kerana pelantikan ‘Special Counsel’ Smith melanggar Klausa Pelantikan Perlembagaan Amerika Syarikat,” kata perintah itu.



Penggunaan peruntukan tetap tanpa had oleh Smith juga melanggar Klausa Peruntukan Perlembagaan AS, kata perintah itu.

Smith pada mulanya mendakwa Trump dengan 37 pertuduhan berkaitan dakwaan penyalahgunaan bahan sulit, dan kemudian memfailkan pertuduhan tambahan dengan menambah tiga lagi pertuduhan.

Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button