Mayat remaja terjatuh bot ditemukan 25 kilometer dari lokasi kejadian

Oleh – Syeikh Baran


Mayat remaja terjatuh bot ditemukan 25 kilometer dari lokasi kejadian
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas di Sungai Pahang di Pekan hari ini.

Mayat seorang remaja lelaki yang terjatuh daripada bot di Sungai Pahang berhampiran Kampung Belimbing di sini kelmarin ditemukan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa, Muhammad Danial Fakhrullah Mohd Azri,17, ditemukan kira-kira 25 kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang.



“Mayat mangsa ditemukan pada pukul 11.44 pagi dalam oleh penduduk kampung yang membantu melakukan operasi pencarian.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terapung di sungai berhampiran Kampung Tanjung di sini,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Kelmarin seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas apabila terjatuh ke dalam sungai selepas bot dinaikinya dikatakan terlanggar tunggul kayu di Sungai Pahang.



Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa turun ke sungai bagi menangkap ikan berhampiran Kampung Belimbing di sini.

Katannya, susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran diaktifkan melibatkan anggota bomba dan polis serta bantuan penduduk kampung.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button