Mungkinkah Parti Gerakan Akan Di Singkirkan Dari Perikatan Nasional?

Mungkinkah Parti Gerakan Akan Di Singkirkan Dari Perikatan Nasional

Mungkinkah Parti Gerakan Akan Di Singkirkan Dari Perikatan Nasional?

 

Hubungan antara 2 parti komponen Perikatan Nasional, PAS dan Gerakan, kini di lihat semakin tegang.

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, membidas sikap pemimpin Gerakan yang beliau sifatkan sebagai juara penggemar judi.



Terkini, Pemuda PAS Pulau Pinang, mendesak supaya jawatan Pengerusi Perikatan Nasional Pulau Pinang digantikan.

Jawatan tersebut kini di sandang oleh presiden Gerakan, Dominic Lau.

Usul itu dibuat semasa muktamar Pemuda PAS Pulau Pinang yang menyaksikan usul tersebut diluluskan sebulat suara.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar, usul yang digerakkan oleh Pemuda PAS bahagian Tasek Gelugor itu berdasarkan tiga pertimbangan utama.



Pertimbangan itu ialah keperluan penstrukturan semula bagi memastikan kelangsungan PN di Pulau Pinang, demografi Pulau Pinang, dan tuntutan ahli akar umbi.

Dominic Lau juga dilihat tidak sefahaman dengan PAS Pulau Pinang.

Pada pilihan raya negeri tahun lalu, beliau berselisih dengan PAS apabila menjadi calon PN untuk Bayan Lepas, kerusi yang dituntut PAS.

Ini membawa kepada insiden Lau tidak dialu-alukan di ceramah PN oleh jentera PAS tempatan.



Desakan terhadap pengguguran Dominic Lau juga berlaku di tengah-tengah peralihan dalam landskap politik Pulau Pinang.

Sebagai perbandingan, PAS memenangi 7 daripada 10 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri tahun lepas.

Manakala Gerakan yang pernah menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang, gagal memenangi sebarang kerusi yang mereka tandingi.

Dari perkembangan politik semasa di Pulau Pinang, jelas sekali kedudukan Gerakan di dalam PN ibarat telur di hujung tanduk.



Desakan dari pemimpin PAS, parti tidak akan dipandang ringan oleh kepimpinan utama Perikatan Nasional.

Ianya kerana, PAS mempunyai bilangan kerusi parlimen dan DUN yang terbanyak antara parti komponen Perikatan Nasional.

PAS juga mempunyai jentera pilihanraya yang lebih tersusun berbanding PPBM dan Gerakan.

Yang akan menjadi pertimbangan terakhir adalah mampukah Perikatan Nasional meraih sokongan bukan Melayu tanpa Gerakan?



 

Mungkinkah Parti Gerakan Akan Di Singkirkan Dari Perikatan Nasional?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button