Pakar buaya berdepan penjara seumur hidup kerana rogol, seksa, bunuh anjing

Pakar buaya berdepan penjara seumur hidup kerana rogol, seksa, bunuh anjing

Pakar buaya berdepan penjara seumur hidup kerana rogol, seksa, bunuh anjing
ADAM Britton. FOTO Agensi

Canberra: Seorang pakar buaya warga United Kingdom yang merogol, menyeksa dan membunuh anjing, tidak dapat menahan tangisannya di mahkamah Australia, selepas dia berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Mirror UK melaporkan Adam Britton menerima hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap 60 pertuduhan termasuk penderaan haiwan dan pelakuan lebih kebinatangan yang dilakukan di dalam sebuah kontena perkapalan tahun lalu.

Rakaman yang dia ambil sendiri menunjukkan dia merogol, menyeksa dan membunuh anjing.



Dia kini berdepan hukuman penjara seumur hidup sehingga 249 tahun di Australia.

Lelaki berusia 53 tahun itu dilahirkan di West Yorkshire dan mempunyai ijazah zoologi dari University of Leeds dan ijazah doktor falsafah (PhD) dari University of Bristol.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.




Dia mengaku bersalah atas lebih 60 pertuduhan berkaitan penderaan haiwan yang berjaya disembunyikannya sehingga polis menerima maklumat mengenai kegiatan menjijikkan itu.

Tahun lalu, Britton yang juga seorang penyelidik kanan di Universiti Charles Darwin, didakwa dengan lapan pertuduhan kebinatangan, empat pertuduhan memiliki dan menghantar bahan penderaan, serta 37 pertuduhan kekejaman haiwan yang lebih teruk.

LeedsLive melaporkan wakil Britton berkata, Britton mengalami parafilia dalam tempoh dua tahun di mana jenayah itu berlaku.

Parafilia adalah keadaan di mana seseorang mengalami fantasi seksual yang melampau tentang objek, tempat atau situasi yang dianggap tidak tipikal.



Semasa dibincangkan di mahkamah, Britton dapat dilihat mengesat air matanya ketika seorang pengawal keselamatan menyerahkan tisu kepadanya.

Kes itu ditangguhkan sementara menunggu laporan psikiatri dan prosiding seterusnya ditetapkan pada 8 Ogos depan.

Ketua Hakim Negara, Grant berkata, butiran itu ekstrem dan kerana itu dia meminta kakitangan keselamatan dan pegawai polis keluar dari bilik mahkamah dan berkata, mereka yang mendengarnya mungkin akan mempunyai reaksi psikologi yang buruk.

Britton bekerja di tapak pemuliharaan buaya liar yang dipanggil Big Gecko di Australia dalam tempoh selama bertahun-tahun dan menjual rakaman aktivitinya dengan haiwan pemangsa itu kepada BBC dan National Geographic.



Dia sering di media sosial berkongsi imej dengan buaya.

Selama dua tahun kebelakangan ini, Britton berjaya mendapatkan 42 anjing daripada laman web komuniti Gumtree sebelum dia menyeksa anjing berkenaan dengan kejam.

Dia sering mengambil haiwan peliharaan itu daripada keluarga yang tidak curiga dengannya, selepas mereka tidak mampu lagi memelihara anjing terbabit.

Anjing itu diseksa, dirogol atau dibunuh di rumahnya atau di kontena perkapalan miliknya antara 2020 dan 2022. Dia juga mendera dua anjing Swiss putih miliknya, Ursa dan Bolt.



Pakar buaya berdepan penjara seumur hidup kerana rogol, seksa, bunuh anjing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button