Penjawat awam direman esok babit penemuan Nur Farah Kartini

Oleh – Syeikh Baran


Penjawat awam direman esok babit penemuan Nur Farah Kartini
NUR FARAH KARTINI dipercayai hilang pada 10 Julai lalu.

Seorang penjawat awam ditahan polis susulan penemuan mayat seorang wanita, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek lelaki berusia 26 tahun itu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



“Lebih kurang pukul 6 petang tadi, polis telah menemui mayat perempuan warga tempatan di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

“Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait report (OH) bersangkut Tanjung Malim pada 11 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pada pukul 9 pagi esok di Mahkamah Kuala Kubu Bharu untuk membantu siasatan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan wanita yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa di Taman Universiti, di sini, sejak Rabu lalu, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa disyaki dibunuh.



Difahamkan, jasad wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button