Penjawat awam ditahan terima pampasan tanah RM111,000

Oleh – Syeikh Baran


Penjawat awam ditahan terima pampasan tanah RM111,000
Gambar Hiasan

Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir mantan palsu bagi mendapatkan bayaran pampasan tanah bernilai kira-kira RM111,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.



“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2014 dengan mengemukakan tuntutan palsu yang disyaki untuk membantu ahli keluarganya mendapatkan bayaran pampasan tanah tersebut di sebuah jabatan di negeri ini.

“Suspek memberi alasan tanah tersebut terlibat dengan sebuah projek pembinaan jalan sedangkan tanah tersebut tidak terlibat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek akan di bawa ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah esok pagi untuk didakwa.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button