Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya
Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya
Secara tiba-tiba, Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu, Peja, mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan parti yang akan datang.
Lebih pelik lagi, apabila dinamakan pula siapa pengganti yang akan menjadi calon favourite untuk mengisi kekosongan yang akan beliau tinggalkan.
Kelazimannya, kalau pun benar hendak berundur, biasanya ia akan ditinggalkan kepada akar umbi untuk memilih calon yang mereka mahu.
Tetapi dalam kes Peja, ianya berbeza.
Dalam pengumuman tersebut, Peja siap menamakan siapakah yang akan mengisi kekosongan yang beliau tinggalkan.
Walau pun ada maklumat yang mengatakan Peja sebenarnya ‘dipaksa’ untuk tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.
Namun, oleh kerana penulis tidak dapat menentukan kesaahihan berita tersebut, maka penulis sekadar menyatakan ianya hanya khabar angin.
Orang yang paling gembira apabila Muhyiddin mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden PPBM adalah Hamzah Zainuddin.
Tetapi oleh kerana beberapa hari selepas itu Muhyiddin membuat u-turn, maka Hamzah terpaksa menelan keputusan u-turn Muhyiddin, walau pun ianya pahit.
Rakan penulis dari PPBM memberitahu, sebenarnya waktu itu, Hamzah sudah terkena jerat yang dipasang oleh Muhyiddin.
Tetapi apabila sedar diri beliau sudah terjerat, maka Hamzah tidak ada pilihan.
Terpaksa ‘melakunkan’ watak kesetiaan kepada Muhyiddin.
Pengunduran Peja juga dikatakan adalah langkah pertama atas perancangan Hamzah untuk mencapai impian beliau untuk menjadi presiden PPBM dan pengerusi PN.
Malah jangan terkejut, jika sebenarnya Hamzah bercita-cita untuk menjadi perdana menteri, sekiranya PN menang dalam PRU 16.
Hamzah juga dikatakan mendapat restu dan sokongan dari beberapa pemimpin utama parti komponen Perikatan Nasional.
Sekiranya itu menjadi realiti dan Muhyiddin masih enggan berundur, maka penulis dimaklumkan sesuatu yang besar pasti akan berlaku.
Itu maklumat dari sumber dalaman PPBM yang penulis terima.
Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat penulis pastikan dan terpulang kepada pembaca untuk menilaikannya.
Jaga jaga Makcik Kiah, nanti jatuh lagi!!!
Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya
Di Syorkan Untuk Anda:
- Sekiranya Kerajaan Enggan Menjelaskan Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024
- Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?
- Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang