UMNO Melaka Yakin Rampas DUN Sungai Udang Dari PN

UMNO Melaka Yakin Rampas DUN Sungai Udang Dari PN

UMNO Melaka Yakin Rampas DUN Sungai Udang Dari PN

 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh, melahirkan keyakinan parti tersebut akan merampas kerusi DUN Sungai Udang dari PN dalam pilihanraya negeri yang akan datang.

Beliau menggesa jentera UMNO Melaka agar mengatur langkah bagi memperkukuh gerak kerja parti.



Ia untuk memastikan kerusi DUN Sungai Udang dapat dirampas kembali pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.

Sekali gus, ini akan menjadikan seluruh kawasan Parlimen Tangga Batu milik UMNO sepenuhnya.

Ab Rauf juga mengingatkan jentera parti supaya tidak leka dalam menjayakan misi berkenaan.

Ianya penting bagi memastikan agar kedudukan UMNO di negeri itu menjadi lebih kukuh.



“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Melaka ke-15 lepas, kita telah menang di (DUN) Kelebang, Paya Rumput, Pantai Kundor.”

“Tetapi tewas di Sungai Udang.”

“Justeru itu, kita kena berusaha mengembalikan semula Sungai Udang kepada Umno dan Barisan Nasional,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tangga Batu 2024.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dr Shamsul Anuar Nasarah.



Untuk rekod, pada PRU DUN Melaka ke-15, kerusi DUN Sungai Udang dimenangi Perikatan Nasional yang diwakili Dr Mohd Aleef Yusof.

Beliau menang dengan majoriti 530 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Ali Mohamad yang mendapat 6,259 undi.

Namun kini, Mohamad Ali telah melompat ke parti PPBM/Perikatan Nasional.

Faktor kemenangan calon Perikatan Nasional ketika PRU DUN Melaka ke-15 juga didakwa kerana wujudnya unsur sabotaj oleh beberapa pemimpin UMNO pusat yang kini telah digantung keahliannya.



Penulis yakin, sekiranya gerak kerja yang di atur secara tersusun mulai sekarang, UMNO mampu merampas kembali DUN Sungai Udang yang sebelum ini adalah kubu kuat UMNO.

 

UMNO Melaka Yakin Rampas DUN Sungai Udang Dari PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button