ADUN Sungai Udang Ketakutan Dengan Gelombang Merah Di Melaka

ADUN Sungai Udang Ketakutan Dengan Gelombang Merah Di Melaka

ADUN Sungai Udang Ketakutan Dengan Gelombang Merah Di Melaka

 

Dalam siaran yang lepas, penulis ada menerbitkan artikel yang bertajuk UMNO Melaka Yakin Rampas DUN Sungai Udang Dari PN.

Penulis menjelaskan keyakinan Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh, merampas kembali DUN Sungai Udang dari Perikatan Nasional.



Keyakinan Ab Rauf itu sememangnya berasas.

DUN Sungai Udang adalah kubu kuat UMNO Melaka sebelum ini.

Cuma dalam pilihanraya Negeri Melaka ke 15, ianya dapat dirampas oleh Perikatan Nasional yang diwakili oleh Dr Aleef Yusof.

Pun begitu, kemenangan Dr Aleef Yusof dipenuhi dengan kontroversi dan pengkhianatan beberapa pemimpin UMNO pusat.



Jengan lupa, kemenangan Dr Aleef pernah dicabar di Mahkamah Pilihanraya, tetapi mahkamah mengekalkan kemenangan beliau.

Ini berikutan beberapa saksi utama pendakwaan telah gagal dikesan untuk memberi keterangan di mahkamah.

Tetapi agak melucukan, apabila Dr Aleef melatah dan terperangkap dengan perang psikologi yang dilancarkan oleh Ab Rauf.

Dalam memberikan respon terhadap kenyataan Ab Rauf, Dr Aleef telah mencabar Ab Rauf supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri Melaka.



“Saya cabar YB Tanjung Bidara ini bubar DUN sekarang dan kita lawan.”

“Bubar DUN negeri Melaka dan kita lawan dalam pilihan rakyat.”

“Tak guna untuk berkokok sebegini.”

“Ab Rauf tidak faham realiti di Sungai Udang.”



“Apakah Tanjung Bidara ini tidak mempunyai perisik-perisik di kalangan rakyat, sentimen-sentimen di kalangan rakyat ini, apakah YB Tanjung Bidara ini tak baca dengan teliti?”

“Bukan kata Sungai Udang, silap-silap tiga kerusi yang dipegang itu yang terlingkup termasuk Sungai Udang,” jelas beliau.

Pada pandangan penulis, tidak perlulah sampai hendak bubarkan DUN Melaka kerana ianya pasti akan dibubarkan apabila tiba masanya nanti.

Apa kata, Dr Aleef kosongkan kerusi DUN Sungai Udang untuk diadakan pilihanraya kecil DUN Sungai Udang.



Berani tak?

 

ADUN Sungai Udang Ketakutan Dengan Gelombang Merah Di Melaka

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button