Isu lompat parti: Pemuda UMNO persoal pendirian Pas, PN

Isu lompat parti: Pemuda UMNO persoal pendirian Pas, PN

Isu lompat parti: Pemuda UMNO persoal pendirian Pas, PN
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh mempersoalkan pendirian pemimpin Pas dan Perikatan Nasional berhubung isu lompat parti dalam kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Muhamad Akmal berkata, ini kerana sebelum ini kepimpinan Pas dan PN menyelar tindakan tersebut dan mengutuk kerajaan agar tidak menerima katak-katak politik

“Jadi mana pendirian orang Pas, saya mahu tanya kepada pemimipin Pas dan PN apakah pendirian kamu tentang ‘katak politik’ ini adakah kamu setuju atau tidak setuju.



“Jangan bila orang lain, kita marah dan kutuk tetapi bila kena muka sendiri kita sokong. Sedangkan pemimpin ini perlu ada pendirian bukan sama macam katak politik ini,” ujarnya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook pada Selasa.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis menyertai parti itu secara rasmi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya




Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO itu diterima pada 10 Jun tahun lalu.

Takiyuddin yang juga Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) menjelaskan, keputusan Muhamad Jailani yang digantung keahlian UMNO selama enam tahun itu tidak dianggap sebagai lompat parti kerana pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan lompat parti diluluskan pada 31 Julai 2023.

Tambah Muhamad Akmal, pemimpin perlu bekerja untuk rakyat bukan hanya demi kepentingan diri sendiri sahaja.

“Apabila kita membenarkan ada lompatan sebegini rupa akhirnya apa nak jadi negara ini. cukup-cukup lah menyusahkan rakyat yang berada di bawah,” jelasnya.



Isu lompat parti: Pemuda UMNO persoal pendirian Pas, PN

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shahidan Kassim Dan Annuar Musa Perlu Jelaskan Kenapa Kontraktor Tidak Di Bayar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button