Mahkamah Untuk Daulatkan Keadilan Bukan Meredakan Kemarahan

Mahkamah Untuk Daulatkan Keadilan Bukan Meredakan Kemarahan

Mahkamah Untuk Daulatkan Keadilan Bukan Meredakan Kemarahan

 

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Chai Kee Kan dan isteri, Loh Siew Mui dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Sesyen.

Mereka dilepaskan daripada pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.



Turut dibebaskan 3 pengarah syarikat pembekal stoking berkenaan, Xin Jian Chang Sdn Bhd.

Kesemua mereka mendapat perintah DNAA selepas pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan.

Untuk rekod, dua syarikat dan lima individu ini mengemukakan representasi pada 17 Mei lalu kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan kes berkenaan.

26 Mac lalu, Kee Kan dan Siew Mui mengaku tidak bersalah atas masing-masing satu pertuduhan.



Mereka dituduh sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking tertera kalimah Allah di rak pameran jualan.

Kesalahan itu di dakwa dilakukan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway pada jam 6.30 pagi 13 Mac lalu.

Mereka di dakwa bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Ia boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Kee Kan yang juga mewakili syarikatnya KK Supermart & Superstore turut didakwa atas pertuduhan sama.

Syarikat pembekal yang mengedar barangan kepada KK Super Mart, Xin Jian Chang Sdn Bhd bersama tiga pengarahnya, didakwa bersubahat.

Mereka dituduh melakukan kesalahan pada tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Pembekal itu ialah tiga beranak, suami, Soh Chin Huat, 61, isterinya, Goh Li Huay, 62 dan anak mereka, Soh Hui San, 36.



Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun yang sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Adalah Tempat Untuk Mendaulatkan Undang Undang

 

Kita tidak faham mengapa pihak Peguam Negara menarik balik dakwaan ke atas kes yang mempunyai bukti yang kukuh.



Penulis tidak mempersoalkan kredibiliti mahkamah dalam membuat keputusan, malah menghormati dan memahaminya.

Tindakan pihak Peguam Negara seolah-olah menggunakan mahkamah sebagai platfom untuk meredakan kemarahan.

Dan bukannya untuk mendaulatkan keadilan.

 



Mahkamah Untuk Daulatkan Keadilan Bukan Meredakan Kemarahan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button