Marquez bukan punca masalah Ducati
Marquez bukan punca masalah Ducati
LONDON – Juara dunia enam kali, Marc Marquez menolak sebarang rasa bersalah mengenai keputusan Pramac untuk keluar daripada Ducati dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).
Pemilihan Ducati ‘mengikat’ Marquez untuk menyertai pasukan utama pada 2025 telah menyebabkan kekecohan besar berlaku selepas mereka turut kehilangan ramai pelumba berbakat seperti Jorge Martin, Enea Bastianini dan juga Marco Bezzecchi.
Keputusan pengeluar motosikal dari Itali tersebut untuk mempromosikan Marquez turut mengakibatkan mereka kehilangan pasukan satelit, Pramac.
Pramac memilih untuk mengakhiri kerjasama dengan Ducati apabila menyertai Yamaha musim depan.
“Saya tidak rasa bersalah tentang Pramac meninggalkan Ducati kerana saya tidak melakukan apa-apa.
“Sebagai pelumba Ducati, saya mahu mereka (Pramac) teruskan kerana akan ada dua lagi jentera di atas trek. Apa yang lebih penting adalah lebih banyak data Ducati akan dapat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Melaka Yakin Rampas DUN Sungai Udang Dari PN
- Mungkinkah Parti Gerakan Akan Di Singkirkan Dari Perikatan Nasional?
- Kluster Mahkamah kekal sebagai Presiden BERSATU
“Tetapi sebagai peminat MotoGP, saya fikir ini berita baik kerana akan terdapat empat jentera Jepun di atas trek nanti,” katanya.
Ducati akan kekal mempunyai dua pasukan satelit tahun depan iaitu Gresini Racing dan VR46 milik legenda dunia, Valentino Rossi. – AGENSI
Marquez bukan punca masalah Ducati
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ADUN Sungai Udang Ketakutan Dengan Gelombang Merah Di Melaka
- Mahkamah Untuk Daulatkan Keadilan Bukan Meredakan Kemarahan
- Waktu terbaik untuk tamatkan riwayat Parti Bersatu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Shahidan Kassim Dan Annuar Musa Perlu Jelaskan Kenapa Kontraktor Tidak Di Bayar