Pelaksanaan e-Invois dijangka tiada impak besar – MAA

Pelaksanaan e-Invois dijangka tiada impak besar – MAA

Pelaksanaan e-Invois dijangka tiada impak besar - MAA
MAA percaya pengedar dan bank akan menawarkan pakej lebih baik untuk mengimbangi tawaran tanpa pinjaman penuh. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Institusi kewangan dan pengedar kenderaan dijangka tampil dengan tawaran lebih baik untuk mengimbangi pelaksanaan e-Invois mulai bulan hadapan.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, persatuan itu percaya tidak wujud impak besar ke atas jumlah keseluruhan industri (TIV) atau jualan kenderaan meskipun e-Invois dikatakan menjejaskan tawaran pinjaman penuh yang ditawarkan kepada pelanggan.

“MAA berpendapat tiada kesan besar disebabkan pelaksanaan e-Invois. Kami percaya pengedar dan bank akan menawarkan pakej lebih baik untuk mengimbangi tawaran tanpa pinjaman penuh.



“Kebiasannya, pinjaman penuh ditawarkan kepada kakitangan kerajaan meskipun ia tidak termaktub dalam peraturan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Justeru, dengan pelaksanaan e-Invois, sudah pasti pengedar dan bank akan mengemukakan tawaran lain,” katanya pada taklimat media prestasi sektor automotif separuh pertama dan sidang media Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS’24) di sini, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya



Mengulas lanjut, Mohd Shamsor berkata, MAA melihat pelaksanaan e-Invois dapat meningkatkan kecekapan operasi pengeluar kenderaan.

“Sebenarnya tiada isu dengan pinjaman penuh dan bayaran pendahuluan sebab ia adalah peraturan yang ditetapkan BNM.

“Justeru, kita tidak melihat impak besar kepada jualan kenderaan,” katanya.

Berhubung jangkaan pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95, beliau menjelaskan, ahli MAA akan meletakkan strategi tertentu termasuk memperkenal trenkuasa hibrid dan kenderaan cekap tenaga.

“Walaupun tiada ketetapan bila penyasaran subsidi RON95 akan dilaksanakan, kita akan memberi tumpuan kepada pengenalan trenkuasa cekap tenaga.



“Perkara sama juga dilakukan (tumpuan kenderaan cekap tenaga) berikutan tiada lagi subsidi diesel,” katanya.

Semalam, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Miti tidak melihat impak ke atas TIV atau jualan kenderaan tahun ini berikutan pelaksanaan e-Invois secara berperingkat mulai Ogos.

Katanya, pelaksanaan e-Invois yang bermula bulan depan hanya membabitkan syarikat dengan jumlah jualan tahunan melebihi RM100 juta, di mana syarikat pengedar kenderaan tidak akan terjejas dengan mekanisme baharu invois berkenaan.

Akhir Jun lalu, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penggunaan e-Invois secara berperingkat berdasarkan nilai ambang hasil jualan perniagaan mulai bulan depan.



Fasa pertama pelaksanaannya akan membabitkan syarikat besar dengan perolehan jualan tahunan melebihi RM100 juta.

Ia diikuti pelaksanaan fasa kedua membabitkan syarikat dengan perolehan tahunan sebanyak RM25 juta hingga RM100 juta mulai Januari 2025.

Semua perniagaan, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan diwajibkan untuk mengeluarkan e-invois mulai 1 Julai 2025.

Pelaksanaan e-Invois dijangka tiada impak besar – MAA

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shahidan Kassim Dan Annuar Musa Perlu Jelaskan Kenapa Kontraktor Tidak Di Bayar



 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button