Polis jumpa telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini

Polis jumpa telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini

Polis jumpa telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini
ANGGOTA Unit skuba dan sub akuatik forensik PDRM menemui telefon pintar dipercayai milik mangsa Nur Farah Kartini di lokasi kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor. FOTO Asyraf Hamza

Hulu Selangor: Telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, 12.21 tengah hari tadi.

Peranti itu ditemui anggota Unit Sub Akuatik Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas sejam menyelam.

Pada masa sama, polis turut membawa suspek, 26, ke lokasi kejadian untuk proses pengecaman telefon pintar milik Nur Farah Kartini.



Ketika ini, proses mencari bahan bukti lain masih dijalankan.

Berita lanjut menyusul

Polis jumpa telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shahidan Kassim Dan Annuar Musa Perlu Jelaskan Kenapa Kontraktor Tidak Di Bayar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button