RUU anti lompat parti dicipta kerana  Mahathir.

Oleh Adam Malik

RUU anti lompat parti dicipta kerana  Mahathir.

Bayangkan lah penat lelah jentera parti (tidak kira parti apa pun) berkerja keras untuk memenangkan calon parti , dan apabila menang calon itu melompat menyokong parti lain.



Tidak kah itu satu pengkhianatan?

Ketika menjadi calon mengumpan dasar dan prinsip parti yang diwakili, apabila menang lompat kepada pihak lain yang prinsip nya berbeza.

Selepas PRU14, apabila Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri kompromi, Mahathir telah melaksanakan kerja kerja mencuri Ahli Parlimen UMNO melompat kepada Parti Bersatu.

Mengenali sifat Mahathir, beliau akan buat keadaan seolah olah AP AP itu lah yang sukarela mahu melutut kepada nya.



Sepertimana biasa, Mahathir akan guna pihak ketiga seperti Hamzah Zainuddin dan Hishamuddin Hussien untuk membuat kerja belakang tabir.

Ia sama seperti ketika Mahathir mahu nafikan Anwar Ibrahim jawatan Perdana Menteri setelah Mahathir janji mahu menyerahnya setelah pegang jawatan dua tauun.

“Sheraton Move” dicipta dan Muhyiddin Yassin menjadi watak utama dan dipersalahkan.

Sedang orang matang politik tahu Mahathir dibelakang langkah itu.



Ini kerana sepanjang hayat Mahathir dan Tun Daim memang takut DSAI menjadi Perdana Menteri.

Berbalik kepada kisah lompat parti dan RUU, amat merbahaya kepada negara jika Ahli Parlimen sentiasa melompat parti.

Negara tidak boleh membuat sebarang dasar kerana esok lusa akan bertukar kerajaan.

Pelabur tidak berani “commited” untuk melabur cara besar besaran kerana esok lusa apabila tukar kerajaan akan dibatalkan dengan begitu mudah seperti Mahathir pernah lakukan.



Kerajaan 22 bulan Mahathir telah membatalkan perjanjian dengan 3 negara sekaligus.

Malaysia jatuh maruah kerana tindakan ini dan terus dianggap “untrustworthy nation”.

Kesukaran mendapat komitmen negara lain untuk melabur hari ini berpunca dari perbuatan kerajaan 22 bulan Mahathir.

Imej negara telah rosak.



Berbalik kepada kisah lompat parti yang melanda negara ia tidak akan reda selagi ada orang miliki wang yang banyak untuk membeli jiwa Ahli Parlimen dan juga selagi ada pihak mahu merampas kuasa secara jijik.

Dalam satu penggal sahaja sudah ada tiga Perdana Menteri akibat perbuatan lompat sokongan dan lompat parti.

Mahathir yang menjadi pelopor nya apabila 12 ahli Parlimen UMNO lompat kepada Bersatu.

Jika mereka digelar katak, Mahathir ada lah bapa kepada Katak.



Semenjak hal lompat melompat, negara tidak pernah aman.

Sebagai negarawan contoh Mahathir sepatut memastikan negara berada dalam keadaan aman,namun sebalik nya negara tidak aman kerana Mahathir.

Banyak sebab kenapa Mahathir perlu ganggu pemerintah selepas beliau tidak berkuasa.

Antara sebabnya untuk menjamin beliau tidak didakwa untuk pelbagai kes dan salah guna kuasa.

Kedua, untuk menjaga kepentingan beliau yang diparkir dimerata tempat dan perniagaan melalui pihak ketiga.

Pemerintah yang kukuh yang bukan sehaluan dengan Mahathir adalah pemerintah yang bahaya untuk Mahathir dan Tun Daim.

“Distabilise” pemerintah ada lah antara kaedah selamatkan diri.

Namun dengan ada nya RUU keadaan bertambah sukar untuk membeli jiwa Ahli Parlimen.

SD sudah tidak laku lagi.

Ketika digunakan SD, ada AP makan kiri kanan dan “playsafe” tanda tangan kedua pihak.

Begitulah huru hara nya negara.

AP menjadi kaya, rakyat terbiar sebab ahli politik sibuk ambil posisi takut ketinggalan jika kerajaan baru dibentuk.

Maka nyata sekali antara sebab RUU Akta Lompat tercipta kerana ada orang seperti Mahathir dalam politik negara.

Hari ini Mahathir konon nampak seperti menyepi, namun semua yang matang politik tahu beliau tidak duduk diam.

Tidak mungkin beliau mahu serah tengkok begitu sahaja hadapi kes harta dan kes anak anaknya.

Ramai juga sudah syaki Gelombang tertentu dan himpunan tertentu adalah permainan tangan ghaib beliau.

Apa pun konklusinya Akta RUU lompat parti sekurang kurang nya menyusahkan kerja anarki terhadap pemerintah tidak kira siapa pun PM nya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button