Shahidan Kassim Dan Annuar Musa Perlu Jelaskan Kenapa Kontraktor Tidak Di Bayar
Shahidan Kassim Dan Annuar Musa Perlu Jelaskan Kenapa Kontraktor Tidak Di Bayar
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan era Pakatan Harapan 1.0, memberikan respon terhadap Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai projek River of Life di Kuala Lumpur.
Menurut laporan LKAN, tiada objektif ROL telah dicapai, terutamanya dalam meningkatkan kualiti sungai untuk tujuan rekreasi (Kelas IIB).
Laporan itu juga menyebut bahawa beberapa projek telah ditangguhkan selama lebih lapan tahun.
Ianya mengakibatkan penyelenggaraan aset projek yang lemah, menyebabkannya diabaikan, rosak dan tidak digunakan.
Namun begitu, Kerajaan Perpaduan yang memerintah sekarang berpendapat projek tersebut wajar diteruskan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa mengakui projek RoL tidak mencapai 100 peratus penyiapan.
Tetapi dua sungai, Sungai Klang dan Sungai Gombak telah mencapai status ikon waterfront, yang mempunyai nilai ekonomi tinggi.
RoL adalah cetusan idea bekas perdana menteri DS Najib Razak.
Ianya menyasarkan untuk membangunkan semula 10.7 km Sungai Klang di tengah Kuala Lumpur dan membersihkan 110 km pinggir sungai.
Menurut Khalid Samad, kerajaan masih belum membayar untuk kerja-kerja penyelenggaraan projek River of Life (RoL).
“Saya difahamkan kontraktor buat kerja, saya dah luluskan bayaran penyelenggaraan, dah ada dia punya kelulusan untuk bayaran, sampai hari ini tak dapat.”
“Jadi jika bayaran penyelenggaraan tak bayar, macam mana RoL mahu jadi seperti mana sepatutnya?’
“Kerja penyelenggaraan yang belum selesai kini boleh menelan kos antara RM16 hingga RM20 juta.”
“Ia berikutan beberapa kerja memerlukan peralatan yang diimport dari AS, bermakna ia terdedah kepada turun naik ringgit.”
“Pembayaran yang tertangguh itu sebahagiannya disebabkan oleh pengabaian oleh dua kerajaan sebelum ini yang berkuasa selepas Pakatan Harapan kehilangan kuasa pada 2020,” jelas Khalid Samad.
Untuk rekod, 2 orang Menteri Wilayah selepas era Pakatan Harapan 1.0 ialah Annuar Musa dari 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021.
Dan Shahidan Kassim pula dari 30 Ogos 2021 hingga 10 Oktober 2022.
Jadi, kedua-dua mereka mesti berikan penjelasan, duduk dan jangan lari.
Shahidan Kassim Dan Annuar Musa Perlu Jelaskan Kenapa Kontraktor Tidak Di Bayar
Di Syorkan Untuk Anda:
- Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya
- UMNO Melaka Yakin Rampas DUN Sungai Udang Dari PN
- Mungkinkah Parti Gerakan Akan Di Singkirkan Dari Perikatan Nasional?