Ajak UMNO Sertai Muafakat Melayu sekadar satu perangkap .
Oleh Adam Malik
Ajak UMNO Sertai Muafakat Melayu sekadar satu perangkap .
Hari ini kumpulan Kluster Mahkamah proPerikatan Nasional sibuk pergi kemerata rata ceruk untuk menghentam UMNO (Baca- Zahid)
Kluster Mahkamah dari stable Muhyiddin ini terlalu ghairah menghasut ahli umno supaya membenci kepimpinan supaya mereka dapat mendoktrinkan ahli umno menerima Muafakat Melayu yang penuh muslihat.
Gelombang Selamatkan Malaysia sekadar platform untuk decoy gerakan mereka konon nya tiada motif lain melainkan mahu negara diselamatkan.
Ada antara pemidato mereka seperti Isham Jalil misalnya terlalu jelas anti kepada kepimpinan umno sedia ada, dan mahu ahli umno menolak Presiden Ahmad Zahid.
IJ juga cuba memancing Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohamad Hassan supaya melawan Ahmad Zahid.
Tujuan utama saranan ini adalah untuk memecah belahkan umno agar penyokong kedua kepimpinan berpecah belah.
Namun pada ceramahnya Saudara IJ tidak pula beri saranan supaya jawatan Presiden Bersatu dipertandingkan atau meminta Hamzah Zainuddin atau Azmin Ali mencabar Muhyiddin.
Begitu lah peliknya cara cara puak GSM berfikir.
Ramai juga musyikil kenapa IJ masih menyibuk dengan hal ehwal umno tetapt tidak pula sibuk hal berkaitan Parti Bersatu.
Umno sudah tidak lagi percaya kepada hal hal kemuafakatan Melayu ini semenjak ditipu oleh Parti PAS dan Parti Bersatu.
Jika ada pun sedikit niat mahu berunding pasti sekali umno akan meletak beberapa syarat .
Mungkin antara syarat utama adalah Muhyiddin harus berundur terlebih dulu atau tidak ada kena mengena dengan muafakat .
Syarat lain, mungkin Annuar Musa harus serah jenama MN kepada sekretariat.
Jika dulu , PAS secara senyap berunding dengan Bersatu,dan berpakat mahu Zahid berundur sebab ada kes mahkamah, kali ini umno pula beri syarat Muhyiddin harus berundur sebab banyak sangat kes Mahkamah.
Setuju kah IJ?