Bunuh di ladang sawit, bekas jaga terlepas tali gantung

Oleh – Syeikh Baran


Bunuh di ladang sawit, bekas jaga terlepas tali gantung
KALAISELVAN terlepas hukuman gantung digantikan penjara 40 tahun atas kesalahan membunuh seorang remaja perempuan 16 tahun pada Jun 2011. Foto oleh BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan yang bersidang di sini hari ini mengetepikan hukuman gantung terhadapnya atas kesalahan membunuh remaja perempuan berusia 16 tahun, 13 tahun lalu.

Namun tertuduh, D. Kalaiselvan terpaksa meringkuk di dalam jel selepas hukuman gantung mandatori itu digantikan kepada penjara selama selama 40 tahun.



Mahkamah memerintahkan Kalaiselvan, 59, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 3 Julai 2011.

Keputusan itu dibuat panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.

Berdasarkan pertuduhan, dia didapati bersalah membunuh anak kawannya, Nur Rahayu Qomarudin, 16, di Ladang Kelapa Sawit Sungai Masai dekat sini, antara pukul 2.30 pagi dan 2.50 pagi pada 18 Jun 2011.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Tetralina Ahmad Fauzi memohon mahkamah mengekalkan hukuman gantung sampai mati kerana mangsa diperlakukan dengan ganas dalam kes berkenaan.



Sementara itu, peguam Kalaiselvan, Datin Kharen Jit Kaur memberitahu, tiada bukti kukuh pemohon yang melakukan perbuatan tersebut kerana terdapat seorang lagi rakan pelaku yang masih bebas dengan keterangannya tidak diambil.

Tengku Maimun kemudian menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap pemohon sebelum ini.

“Hukuman mati diketepikan dan digantikan dengan penjara selama 40 tahun bermula tarikh tangkapan pada 3 Julai 2011,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button