Gelagat Tok Ram ‘Flex’ Trofi Coklat Mewah Setelah Jadi Juara Snooker [VIDEO]

Netizen Terhibur!-“Piala Tu Guna Masa Makan..”

Gelagat Tok Ram ‘Flex’ Trofi Coklat Mewah Setelah Jadi Juara Snooker [VIDEO]

Gelagat Tok Ram ‘Flex’ Trofi Coklat Mewah Setelah Jadi Juara Snooker [VIDEO]

Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram dilihat berkongsi trofi coklat mewah yang dimenanginya selepas menjadi juara pertandingan snooker menentang penyampai radio Era, iaitu Nabil Ahmad, Radin, dan Azad Jasmin.

Sebelum ini, Tok Ram pernah memenangi Kejohanan Celebrity Snooker 2.0 selepas menewaskan pemain dram kumpulan Wings, iaitu Black pada peringkat akhir kejohanan itu, 30 Jun lalu.



Tok Ram, menerusi video yang dimuatnaik di Instagram itu turut memuji pihak radio Era yang menepati janji untuk memberikan trofi coklat buatan tangan mewah berjenama Patchi biarpun terpaksa menentang ‘Mak Andam’ yang ditujukan kepada Nabil, Azad, dan Radin.

“Era memang nombor satu sebab tunai janji-janji yang tak palsu, 2 kilogram Patchi. Masuk syurga korang.

Pada Mak Andam Raden, Azad, dan Nabil yang riak takbur, piala tu guna tu guna masa makan buat minum air ye.”-tulis Tok Ram di Instagram

“Tok Ram Gula Tinggi Tu…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah, malah ada yang sempat berseloroh menitipkan pesanan buat Tok Ram untuk tidak mengambil terlalu banyak makanan manis.



“Tahniah Tok Ram 🔥🤣. Saya dari awal dengan diorang nak lawan dengan Tok, saya dah agak Tok mesti menang punya. Okay done puji Tok, nak sikit coklat tu, tak elok makan manis banyak-banyak 😝.”

“Jangan banyak-banyak Tok, bak sini sikit 😂.”

“Tok Ram gula tinggi tu. Apa kata share la separuh dengan saya sikit. Boleh tambah paras gula bersama-sama hahaha.”

“Steady Tok paduu 😂😂.”



Tahniah Tok Ram!

Gelagat Tok Ram ‘Flex’ Trofi Coklat Mewah Setelah Jadi Juara Snooker [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button