Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin

Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin

Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin

 

Biasanya apa yang dilakunkan oleh ahli politik sebenarnya tidak akan menggambarkan apa sebenarnya yang sedang mereka rancangkan.

Apa yang kita lihat berlaku di atas pentas politik adalah jauh berbeza dengan realiti percaturan politik mereka.



Ramai yang menafsirkan keikhlasan bekas Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu (Peja) turun pangkat ke Naib Presiden sebagai satu pengorbanan demi kepentingan parti.

Perkataan yang paling tepat untuk menafsirkan keikhlasan Peja adalah ikhlas tapi jauh.

Di mulut Peja terpaksa menyebut perkataan ikhlas walau pun berat, tetapi jauh di sudut hati beliau, keterpaksaan itu terpaksa ditelan walau pun sangat mengaibkan.

Apa pilihan yang Peja ada?



Beliau bukan ahli parlimen dan beliau gagal menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi PPBM Negeri Sembilan.

Dari maklumat yang penulis terima, Peja sebenarnya dipaksa untuk turun pangkat oleh presiden PPBM, Muhyiddin Yasin.

Perancangan awalnya, Dr Mahathir dan Muhyiddin mahu supaya Azmin bertanding jawatan Timbalan Presiden PPBM.

Sekiranya ada yang beranggapan Dr Mahathir sudah tidak ada pengaruh dalam PPBM, maka ianya salah.



Pengaruh dan mata serta telinga Dr Mahathir di dalam PPBM masih lagi kukuh.

Dr Mahathir dan Muhyiddin yakin, sekiranya Azmin bertanding menentang Peja bagi jawatan Timbalan Presiden, Azmin pasti berjaya menumbangkan Peja.

Tetapi Muhyiddin pula bimbang, sekiranya percaturan itu dilakukan, maka Hamzah akan mencabar beliau bagi jawatan presiden.

Hamzah adalah orang yang paling Dr Mahathir marah kerana beliau yang bertanggungjawab menyingkirkan Dr Mahathir dari PPBM.



Tetapi bagi Muhyiddin, pengaruh Hamzah di dalam PPBM tidak boleh dipandang ringan.

Ada kemungkinan sekiranya Hamzah mencabar jawatan presiden, maka beliau akan tersingkir.

Jadi sebagai jalan selamat, Muhyiddin mengorbankan Peja dan melantik Hamzah sebagai Timbalan Presiden PPBM.

Manakala Azmin pula akan dilantik sebagai Setiausaha Agung PPBM untuk membolehkan beliau mengukuhkan kedudukan di dalam PPBM.



Kini, Hamzah cuma ada 4 tahun sahaja sekiranya beliau tidak mahu dikambing hitamkan seperti Peja.

 

Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button