‘Influencer’ keluar kepala di ‘sunroof’ dikecam

Oleh – Syeikh Baran


‘Influencer’ keluar kepala di ‘sunroof’ dikecam
Tangkap layar menunjukkan dua wanita itu sedang berseronok sambil merakam diri mereka. – TikTok @ayusinjaiii

Perbuatan seorang pesohor media sosial yang berdiri dengan keadaan kepala keluar dari ‘sunroof’ kereta sambil kenderaan bergerak laju, mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ayusinjaiii, wanita tersebut dengan seorang rakannya dilihat merakam kandungan media sosial ketika mereka melintasi Jambatan Suramadu. 



Mereka melakukan aksi berbahaya itu sambil ketawa. 

Menurut polis tempatan, Asisten Komisioner Grandika Indera Waspada, aksi kedua-dua wanita itu boleh membahayakan diri sendiri serta orang lain. 

“Ia boleh mengganggu fokus pengguna jalan raya yang lain,” tambahnya. 

Grandika turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan perkara serupa, lebih-lebih lagi individu yang mempunyai ramai pengikut di media sosial. 



Difahamkan, wanita tersebut merupakan pesohor yang dikenali di platform TikTok dan memiliki 5.4 juta pengikut. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button