Jailani Khamis Terpaksa Menjadi Keldai Percaturan Politik PAS

Jailani Khamis Terpaksa Menjadi Keldai Percaturan Politik PAS

Jailani Khamis Terpaksa Menjadi Keldai Percaturan Politik PAS

 

Berita ADUN Rembia, Jailani Khamis, sekali lagi melompat dari parti UMNO ke parti PAS bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Kerana ini bukan kali pertama Jailani melakukannya.



Sebelum ini beliau pernah melompat dari parti UMNO ke parti PKR.

Selepas UMNO/Barisan Nasional kehilangan kuasa di pusat dan di negeri Melaka selepas PRU 14, Jailani melompat ke parti PKR.

Beliau melompat pula dari PKR ke parti UMNO selepas Langkah Sheraton di pusat yang menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan kuasa di Melaka.

Kini, sekali lagi Jailani melakukan perkara yang sama bila jawatan EXCO kerajaan Negeri Melaka digugurkan oleh Ketua Menteri.



Akibatnya Jailani mula mengipas Perikatan Nasional dan ini menyebabkan keahlian beliau sebagai ahli UMNO digantung selama 6 tahun.

Strategi Kotor PAS

 

Tetapi apa yang menarik perhatian penulis adalah kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin mendakwa, perbuatan Jailani melompat dari UMNO ke PAS tidak akan menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka.



Ini kerana menurut Takiyuddin, Jailani sudah diterima sebagai ahli PAS sejak 10 Jun 2023, sebelum DUN Melaka meluluskan Akta Anti Lompat Parti.

Untuk rekod, DUN Melaka telah meluluskan Akta Anti Lompat Parti pada 31 Julai 2023.

Dalam artikata lain, Takiyuddin berpendapat, Jailani melompat dari UMNO ke PAS sebelum akta tersebut dikuatkuasakan.

Keahlian Jailani digantung dan bukannya dipecat dari UMNO pada bulan September 2023.



Ini bermakna ketika PAS menerima Jailani sebagai ahli pada 10 Jun 2023, beliau masih lagi ahli UMNO.

Persoalannya, adakah perbuatan PAS menerima ahli dari parti lain untuk menyertai mereka tidak bertentangan dengan akta RoS?

Sebenarnya, Jailani hanya dijadikan keldai percaturan politik PAS untuk memberikan tekanan kepada YDP Dewan Rakyat supaya mengisytiharkan 6 kerusi parlimen PPBM kosong.

Sekiranya YDP DUN Melaka, mengisytiharkan kekosongan di DUN Rembia, maka ia akan digunakan sebagai hujah mengapa YDP Dewan Rakyat membuat keputusan berbeza dengan DUN Kelantan dan DUN Melaka.



Tahniah Jailani kerana menjadikan mandat pengundi Rembia sebagai tiket untuk menjadi keldai politik.

 

Jailani Khamis Terpaksa Menjadi Keldai Percaturan Politik PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button