Jenazah Nur Farah Kartini belum dituntut

Oleh – Syeikh Baran


Jenazah Nur Farah Kartini belum dituntut
Nur Farah Kartini

Ahli keluarga Nur Farah Kartini Abdullah, 25, masih belum menuntut jenazahnya di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Difahamkan, abang mangsa, Mohd Farriza Amir Abdullah, 28, memberitahu pemberita bahawa urusan berkenaan dijangka dilakukan selepas pengambilan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ibu mangsa di Hospital Kuala Kubu Bharu.



Menurutnya, pihak keluarga masih tidak dapat mengesahkan bila mereka akan menjalankan urusan tuntutan jenazah.

“Kami perlu selesaikan perkara urusan pengambilan sampel DNA ibu di Hospital Kuala Kubu Bharu.

“Saya tak pasti lagi pukul berapa boleh datang ke Jabatan Forensik untuk tuntut jenazah,” katanya.

Katanya lagi, dia juga tidak dapat berkongsi maklumat lanjut berkaitan urusan pengebumian jenazah adiknya itu.



“Apa yang saya boleh katakan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pahang, butiran berkaitan saya akan kongsi bila tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan proses bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selesai pada pukul 6.10 petang semalam.

Mangsa yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, pada Isnin.

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Kontinjen Perak telah direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button