Mayat lelaki terapung, pinggang diikat tali nilon dan batu

Oleh – Syeikh Baran


Mayat lelaki terapung, pinggang diikat tali nilon dan batu
PASUKAN bomba membantu membawa naik mayat lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Malim, Melaka.

Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Malim di sini dengan keadaan pinggangnya dililit dengan tali nilon dan diikat bersama sebiji batu, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihak polis menerima maklumat penemuan mayat itu daripada orang awam pada pukul 4.16 petang.



“Kita dimaklumkan seorang lelaki berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di empangan sungai Malim Melaka dan pemeriksaan anggota ke lokasi mendapati mangsa telahpun meninggal dunia.

“Mayat si mati telah dibawa naik dengan bantuan pasukan bomba dan pemeriksaan ditubuhnya menemui satu tali nilon yang dibalut plastik hitam melilit bahagian pinggang dan diikat bersama sebiji batu dengan tali berukuran lebih kurang 17.7 sentimeter,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, terdapat beberapa kesan luka di bahagian lengan mangsa dipercayai gigitan binatang.

“Pemeriksaan lanjut pada mayat si mati telah dilakukan oleh pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan tidak menemui kesan unsur-unsur jenayah berlaku.



“Tiada sebarang saksi berada ditempat kejadian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button