Ozlynn Tampil Bertudung, Raih Pujian Netizen! [VIDEO]

“Cantiknyaaa, Ingat Nabila Razali Tadi”

Ozlynn Tampil Bertudung, Raih Pujian Netizen! [VIDEO]

Ozlynn Tampil Bertudung, Raih Pujian Netizen! [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan Rozlinawaty binti Ismail atau lebih dikenlai sebagai Ozlynn yang merupakan seorang pelakon, pengacara dan pengurus artis Malaysia. Ozlynn merupakan pengurus suaminya sendiri iaitu Johan Raja Lawak.

Ozlynn berkahwin dengan Johan Raja Lawak pada tahun 2003 serta mereka dikurniakan 6 orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq. Ozlynn banyak membintangi drama-drama tempatan sehingga namanya dikenali diseluruh Malaysia.



Kerjaya lakonannya bermula pada tahun 2000 selepas Ozlynn berlakon di dalam sketsa Spanar Jaya yang memegang watak sebagai Intan serta tahun yang sama juga beliau membintangi drama Maria Mariana The Series terbitan TV3.

“Kak Ozlynn Jangan Buka Tudung Dah, Sebab Dah Cantik Sangat Ni”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman instagram milik @meletop yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 100 ribu lebih, tanda suka sebanyak 14 ribu dan sebanyak 179 komen serta 114 perkongsian.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Ozlynn yang menjadi tetamu jemputan dalam rancangan tersebut tampil mengenakan pakaian yang sopan serta bertudung.

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gembira melihat perubahan pada Ozlynn selepas beliau pulang dari mengerjakan ibadah Haji. Tambah mereka lagi, mereka mendoakan agar Ozlynn kekal istiqamah dalam perubahan yang dibuatnya itu serta peminatnya akan sentiasa menyokong.



Apa-apa pun semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Ozlynn Tampil Bertudung, Raih Pujian Netizen! [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button