Pelajar tingkatan 1 dicekup curi motosikal, sorok tepi sungai

Oleh – Syeikh Baran


Pelajar tingkatan 1 dicekup curi motosikal, sorok tepi sungai
Suspek menunjukkan motosikal dicurinya yang disembunyikan di tepi sungai Kampung Barieng, Bau, Sarawak semalam.

Taktik seorang pelajar tingkatan satu menyembunyikan sebuah motosikal dicurinya di tepi sungai terbongkar apabila ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Jawai Francis Kempas berkata, pada pukul 1 petang kelmarin, pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki mengatakan motosikal yang diparkir di hadapan rumah di Kampung Barieng, di sini telah dicuri.



Katanya bertindak atas maklumat kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, pasukan dari IPD Bau telah membuat tangkapan terhadap remaja lelaki berumur 13 tahun itu.

Jawai menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button