Polis kenal pasti pemilik wang tunai RM254,000

Oleh – Syeikh Baran


Polis kenal pasti pemilik wang tunai RM254,000
GAMBAR fail menunjukkan wang kertas won di Bank Korea. – AFP

Pemilik wang tunai berjumlah 75 juta won (RM253,976) yang ditemui di pekarangan sebuah apartmen di bandar Ulsan akhirnya telah dikenal pasti, lapor laman berita The Korea Times hari ini.

Polis mencari individu tersebut selama 10 hari selepas wang itu ditemui di kawasan tanaman pokok bunga.



Dia disahkan seorang lelaki berusia 80 tahun yang tinggal bersendirian dan dipercayai menghidap penyakit mental.

Menurut polis, pada petang 4 Julai lalu, seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di blok apartmen di Ok-dong, menemui satu beg plastik hitam berisi wang tunai 50 juta won (RM169,317) di kawasan tanaman pokok bunga.

Pada 6 Julai lalu, seorang pekerja sanitasi melaporkan menemui satu lagi beg plastik hitam di kawasan sama yang mengandungi wang sebanyak 25 juta won (RM84,647). 

Polis kemudian mengesan wang 75 juta won itu dikeluarkan daripada sebuah bank pada 26 Mac lalu.



Selepas melakukan siasatan, polis berjaya mengenal pasti individu yang mengeluarkan wang tunai itu.

Rakaman kamera keselamatan di sekitar blok apartmen itu menunjukkan warga emas tersebut berlegar-legar berhampiran kawasan pokok bunga. Dia memakai pakaian yang sama semasa  mengeluarkan wang tersebut.

Wang itu disahkan sebagai sebahagian daripada pampasan yang diterimanya daripada satu projek pembangunan semula hartanah. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button