Saya dikurung tiga hari tanpa diberi makan, minum

Oleh – Syeikh Baran


Saya dikurung tiga hari tanpa diberi makan, minum
Steven, 38 (baju putih) sebaik tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini. – Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

“Saya dikurung selama tiga hari dalam bilik hitam tanpa diberi makan dan minum selain turut dipukul,” kata Steven, 38, yang merupakan mangsa terbaharu sindiket pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar.

Steven yang berasal dari Ipoh, Perak selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari tadi selepas lima bulan dijadikan tahanan serta terperangkap di negara itu.



Menceritakan detik cemas ketika dalam tahanan sindiket, Steven berkata, dia dikurung dalam bilik itu hanya kerana tidak mampu melakukan terjemahan ayat kepada bahasa Melayu.

“Dia minta saya jadi penterjemah dari bahasa lain ke kepada Bahasa Melayu. Saya bahasa Melayu pun kurang. Setiap kali tidak dapat terjemah, saya dipukul oleh mereka.

“Saya berada disana bukan untuk jadi scammer, sebaliknya diminta jadi penterjemah bahasa. Lebih teruk, gaji satu sen pun tidak dibayar sepanjang lima bulan kerja di sana,” katanya.

Katanya, dia kemudian nekad melarikan diri selepas menyogok mereka (sindiket) dengan sejumlah wang sebanyak RM10,000 sebelum berjaya melarikan diri.



Steven berkata, dia akui masih ada sekitar tujuh warganegara Malaysia masih berada di sana dan kebanyakannya berbangsa India.

Menurutnya, dia berlepas ke Bangkok, Thailand sekitar Februari lalu selepas ditawarkan peluang pekerjaan di sebuah bar di Taiwan dengan haji lumayan RM15,000 sebulan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button