‘Saya tidak masukkan…..’

Oleh – Syeikh Baran


‘Saya tidak masukkan…..’
Mahkamah Klang – GAMBAR HIASAN

Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol anak kandungnya sendiri berusia 11 tahun, bulan lalu.

Hakim Noridah Adam bagaimanapun menolak pengakuan tersebut yang disifatkan bersyarat selepas sebahagian kandungan fakta kes tidak diakui oleh tertuduh berusia 39 tahun.



Pada prosiding tersebut, tertuduh menafikan perkara tersebut sebanyak dua kali berhubung kandungan perkara memasukkan kemaluannya ketika fakta kes dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

“Terdapat sebahagian daripada fakta kes benar dan sebahagian lagi tidak benar, saya tidak memasukkan kemaluan sendiri ke dalam kemaluan mangsa. Jadi, saya tidak mengaku kalau dakwaannya (fakta kes) macam itu,” katanya.

Bagaimanapun, fakta kes tersebut turut menyatakan berdasarkan laporan perubatan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut didakwa telah merogol anak perempuannya berusia 11 tahun di sebuah rumah di sini, kira-kira pukul 3 pagi, Jun lalu.



Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur ‘Ayuni Jamri kemudian memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi pengurusan kes dan penyerahan dokumen selain mencadangkan tiada jaminan dibenarkan.

“Ini disebabkan tertuduh adalah bapa kandung mangsa dan masih tinggal serumah. Tujuannya, adalah bagi melindungi mangsa daripada diganggu,” tegasnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan jaminan kepada tertuduh.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button