6 termasuk polis curi bahan api pangkalan udara PDRM ditahan

Oleh – Syeikh Baran


6 termasuk polis curi bahan api pangkalan udara PDRM ditahan
Gambar Hiasan

Enam individu termasuk tiga anggota polis ditahan berhubung kehilangan bahan api jenis kerosin Jet- AI di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.

Kesemua suspek terdiri daripada lelaki berusia 31 hingga 51 tahun diberkas pada Selasa lalu.



Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan pada Isnin lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Hasil siasatan kemudian membawa kepada beberapa siri tangkapan ke atas enam lelaki tersebut.

“Kita mengesahkan tiga daripada suspek yang ditahan adalah anggota polis yang bertugas di dalam pangkalan udara tersebut.

“Perintah reman antara dua hingga tujuh hari diperoleh terhadap mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau menegaskan, polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang walaupun kes melibatkan penglibatan anggota pasukan tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button