Agrobank catat peningkatan pelanggan

Agrobank catat peningkatan pelanggan

Agrobank catat peningkatan pelanggan
Ketua Pegawai Operasi, Zahid Ahmad Zawawi

AGROBANK merekodkan peningkatan positif bagi produk yang ditawarkan menerusi kempen Mega Million sejak Oktober 2023 sehingga Mac 2024, termasuk mencapai pembiayaan peribadi sebanyak RM951 juta.

Ketua Pegawai Operasi, Zahid Ahmad Zawawi berkata, produk takaful menunjukkan peningkatan pelanggan sebanyak 115 peratus manakala penulisan wasiat juga meningkat melebihi 115 peratus.

“Menerusi kempen ini, kami menyasarkan deposit pelanggan meningkat kepada RM200 juta, melalui penawaran produk Agrobank antaranya AgroPrimaS, AgroPerdana-i PLUS, AgroCash-i, Hartani-i,” katanya pada majlis penyerahan hadiah kempen Mega Million pusingan dua di sini, baru-baru ini.



Beliau berkata, jumlah keseluruhan pembiayaan bank itu bagi separuh pertama tahun semasa adalah lebih baik berbanding tempoh yang sama tahun lepas, sekali gus menjangkakan pertumbuhan lebih baik bagi keseluruhan tahun ini.

Antara produk yang memacu prestasi itu ialah pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro.

“Pada tahun ini, Agrobank menerima banyak dana daripada kerajaan terutama dana MADANI, dan itu merupakan antara usaha Agrobank bagi memastikan kesinambungan kempen daripada pihak kerajaan,” katanya.

Agrobank catat peningkatan pelanggan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wan Ahmad Fayhsal Akan Di Gantung 6 Bulan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button