Anak jagaan mati, pengasuh kena denda RM5,000

Oleh – Syeikh Baran


Anak jagaan mati, pengasuh kena denda RM5,000
Gambar Hiasan

Seorang pengasuh didenda RM5,000 dan diperintah melakukan kerja khidmat masyarakat selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyebabkan kematian kanak-kanak berusia dua tahunpada 2021.

Tertuduh, Low Yu Ning, 38, didakwa dengan sengaja mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin akan mengakibatkan kematian Liew Yin Lun, 2, pada pukul 1 tengah hari, 6 Disember 2021 di sebuah rumah di Jalan Danau Kota, Off Genting Kelang di sini.



Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak melebihi RM50,000.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhairi Mohd Nor memohon mahkamah membenar dan mengesahkan rundingan akuan sebagai pelupusan kes yang memuaskan di bawah Seksyen 172(d) Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanapun, Yun Ning ketika ditanya Hakim Dr. Azrul Abdullah memberitahu, dia membuat pengakuan itu dengan rela hati tanpa sebarang ugutan serta faham kesan serta akibat terhadap rundingan itu.

Mahkamah selepas menjatuhkan hukuman penjara dan denda. Hakim memerintahkan tertuduh melakukan khidmat masyarakat selama 36 jam dalam masa enam bulan dan dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan cagaran RM2,000.



Sebelum ini Yun Ning didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak kerana menyebabkan kematian bayi.

Berdasarkan fakta kes, pada 6 Disember 2021, kira-kira pukul 3.56 petang Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur menerima maklumat terdapat satu kes membabitkan bayi dan terdapat kesan lebam di badan mangsa.

Berdasarkan siasatan pihak polis, bayi tersebut diletakkan dalam kerusi bayi di sebuah bilik rumah tertuduh dan dibiarkan tanpa jagaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button