Budak 6 tahun kena ‘tebuk’ dalam kilang papan

Oleh – Syeikh Baran


Budak 6 tahun kena ‘tebuk’ dalam kilang papan
Anggota polis membawa Tien Peng (tengah) selepas didakwa atas pertuduhan merogol dan mencabul seorang kanak-kanak di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Seorang pekerja kilang papan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan mencabul kanak-kanak berusia enam tahun di sebuah bilik di tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Gua Musang, Gua Musang dekat sini, minggu lalu.

Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.



Mahkamah bagaimanapun tidak merekodkan pengakuan itu dan menetapkan 23 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut di Mahkamah Sesyen Gua Musang.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak berusia 5 tahun 10 bulan semasa kejadian.

Tien Peng didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Kedua-dua perbuatan keji itu dilakukan di sebuah bilik pekerja sebuah kilang papan di Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 12 tengah hari pada 12 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes tersebut merupakan satu jenayah yang serius.



Mahkamah kemudian menetapkan 23 Julai depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Gua Musang.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai dirogol seorang lelaki di sebuah bilik rumah kongsi Kawasan Perindustrian Gua Musang pada Jumaat lalu.

Mangsa berada dalam bilik kongsi lelaki terbabit dijumpai oleh penduduk setempat.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button