Budak kecil bermain dengan 200 anak buaya
Budak kecil bermain dengan 200 anak buaya
Bangkok: Rakaman imej seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Thailand, bermain dengan ratusan buaya yang baru lahir mencetuskan kebimbangan meluas dalam talian.
Ibunya, Kwanrudee Siripreecha meraih perhatian netizen selepas menyiarkan beberapa video anak perempuannya bermain dengan lebih 200 anak buaya, awal bulan ini, lapor saluran TV Thailand, Thaich8 News.
Kanak-kanak itu dilihat tidak gentar, malah gembira memegang dan bermain dengan anak reptilia itu sambil berbaring di dalam kolam.
Semakan pada profil Facebook milik Kwanrudee menunjukkan, dia mengusahakan ladang buaya di Thailand.
Kwanrudee berkata, anak perempuannya itu suka dengan anak buaya, sejak dia berumur dua tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Putera Gunung Ledang Tidak Faham Undang Undang
- Jailani Khamis Terpaksa Menjadi Keldai Percaturan Politik PAS
- RUU anti lompat parti dicipta kerana Mahathir.
Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin
“Anak perempuan saya suka meletakkan reptilia yang baru lahir dalam mangkuk air dan melihat ia berenang.
“Buaya itu usianya kurang daripada 15 hari dan belum tumbuh gigi, jadi mereka tidak menggigit,” katanya kepada Thaich8 News.
Menurutnya, dia juga memantau dengan teliti anak perempuannya semasa bermain dan akan menariknya keluar dari kolam, jika terdapat sebarang tanda bahaya.
“Apabila anak buaya ini membesar, mempunyai banyak gigi serta mempunyai kulit lebih tebal, saya tidak akan membiarkan anak bermain dengan haiwan itu lagi,” katanya.
Biarpun apapun alasan wanita itu, tindakannya itu membiarkan anaknya bermain dengan reptilia terbabit dikecam dengan ramai netizen.
Thailand ialah salah satu pengeluar dan pengeksport produk buaya terbesar di dunia termasuk kulit, daging dan produk sampingan lain.
Jabatan Perikanan Thailand memaklumkan, negara ini mempunyai lebih 1,000 ladang yang menghasilkan 1.2 juta buaya.
Budak kecil bermain dengan 200 anak buaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah 20 Julai Akan Memberikan Sinar Kepada DS Najib?
- Dr Akmal Salah Punching Bag Atau Haziq Salah Gelanggang
- Ajak UMNO Sertai Muafakat Melayu sekadar satu perangkap
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :