Dr Akmal Salah Punching Bag Atau Haziq Salah Gelanggang

Dr Akmal Salah Punching Bag Atau Haziq Salah Gelanggang

Dr Akmal Salah Punching Bag Atau Haziq Salah Gelanggang

 

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Haziq Azfar, membidas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Salleh.

Kerana beliau mempersoalkan keputusan YDP Dewan Rakyat, Johari Abdul, yang mengekalkan 6 kerusi ahli parlimen PPBM yang menyokong Anwar Ibrahim.



Dalam kenyataannya, beliau menganggap Dr Akmal telah tersilap punching bag.

Menurut beliau lagi, punching bag yang sebenarnya adalah parti PPBM dan bukannya keputusan YDP Dewan Rakyat.

“Tindakan mengalih sokongan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.”

“Namun tindakan terus menyalahkan Johari Abdul disifatkan satu penganiayaan kepada institusi parlimen yang menjalankan tugas berpandukan undang-undang.”



“Sehingga kini ketua Pemuda Umno masih memetik speaker Dewan Rakyat sebagai punching bag.”

“Atau pesalah dalam peristiwa enam ahli Dewan Rakyat yang memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.”

“Selama ini beliau sudah salah punching bag, PPBM punching bag sebenar dan bukannya speaker Dewan Rakyat,” dakwa Haziq dalam kenyataan beliau.

Pada pandangan penulis, Haziq sebenarnya sudah salah masuk gelanggang.



Apa yang dipersoalkan oleh Dr Akmal adalah keputusan YDP Dewan Rakyat yang mengekalkan kerusi 6 orng ahli parlimen PPBM.

Dr Akmal juga mempersoalkan asas yang digunakan oleh Johari Abdul ketika membuat keputusan tersebut.

Prinsip utama kepada Perkara 49 Akta Anti Lompat Parti adalah untuk menghalang ahli parlimen dari melompat ke parti lain selepas mereka dipilih menjadi ahli parlimen.

Sama ada mereka melompat kerana dipecat atau tergugur keahlian bukanlah isu prinsip utama mengapa akta tersebut diwujudkan.



Kerana ketiadaan akta tersebut, telah memberi ruang kepada Langkah Sheraton yang telah berjaya menumbangkan sebuah kerajaan yang didirikan atas mandat rakyat.

Perbuatan memanipulasi kelompongan akta tersebut akan membuka ruang kepada Langkah Sheraton 2.0 atau 3.0 atau banyak lagi.

Sampai bila kita mahu menghadapi keadaan politik yang tidak stabil?

Sebagai anak muda, sepatutnya mereka berdua mendesak kerajaan supaya memperkemaskan akta tersebut supaya semua ruang menubuhkan kerajaan tebuk atap tertutup sama sekali.



 

Dr Akmal Salah Punching Bag Atau Haziq Salah Gelanggang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button