Guru ditahan dera budak autistik di pusat jagaan

Oleh – Syeikh Baran


Guru ditahan dera budak autistik di pusat jagaan
Gambar Hiasan

Polis menahan seorang guru dipercayai memukul kanak-kanak lelaki autistik berusia enam tahun dalam kejadian di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada bapa mangsa sekitar pukul 12.39 tengah hari, semalam.



Katanya, siasatan awal mendapati suspek telah menendang, memukul, menarik mangsa secara kasar sehingga terjatuh darupada kerusi.

“Bertindak atas maklumat, sekitar pukul 1.13 tengah hari, pihak polis telah membuat tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun, di Ampang, Selangor, hari ini.

“Suspek merupakan seorang guru yang mengajar di pusat jagaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pemeriksaan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan gigitan pada tangannya.



Katanya, kes disiasat di bawah Sekayen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak di pusat jagaan itu.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button