‘Isteri dia sila jangan tengok media sosial buat masa sekarang’

Oleh – Syeikh Baran


‘Isteri dia sila jangan tengok media sosial buat masa sekarang’
Suspek dibawa anggota polis selepas proses reman di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, 16 Julai lalu. – Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

Berat mata memandang, berat lagi beban dan trauma yang dipikul ahli keluarga kedua-dua mangsa dan suspek apatah lagi setelah pelbagai hinaan dan fitnah dilontarkan kepada mereka.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, berikutan kes kematian Allahyarham Nur Farah Kartini, pelbagai tohmahan serta fitnah dilontarkan kepada ahli keluarga kedua-dua pihak mangsa dan suspek sehingga ada yang sanggup menghukum mereka tanpa segan silu.



Tanpa disedari, tindakan tersebut boleh meninggalkan kesan begitu mendalam terhadap emosi dan psikologi ahli keluarga yang masih ada.

Menerusi ruangan komen di Instagram Kosmo!, orang ramai menasihatkan isteri kepada suspek kes pembunuhan Allahyarham Nur Farah Kartini agar mengasingkan diri daripada media sosial setelah pelbagai tohmahan dilontarkan kepada mereka sekeluarga.

“Jangan kaitkan orang-orang yang tiada kaitan dengan kes. Sudah-sudah lah tu semua, tak usah sibuk mahu cari siapa bini suspek, bukan semua benda isteri boleh kawal apa yang suami lakukan,” komen @ejamirmo.

“Isteri dia sila jangan tengok sosial media buat masa sekarang. Fokus untuk tenangkan diri, jadi diri dan anak-anak. Itu sahaja caranya kerana mustahil untuk mulut netizen. Semoga sentiasa kuat dan dipermudahkan urusan,” ujar @zarina7440.



“Pesanan saya buat semua warga maya, urusan suspek biar undang-undang sahaja yang tentukan. Janganlah kacau emosi keluarga Farah dan isteri suspek, kalau kita ditempat mereka mesti kita akan rasa emosi terganggu,” kata @fire_rescue234.

“Janganlah dikaitkan isteri, anak dan keluarga dia, mereka semua tiada kaitan pun kenapa nak main mental bini dia? Netizen nak bini dia buat sesuatu tak diingini baru nak puas hati? Sudah-sudahlah main mental bini dia,” ujar @muhdirfanfarhan94.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button