Ketua Pemuda UMNO Kelantan calon BN PRK DUN Nenggiri

Oleh – Syeikh Baran


Ketua Pemuda UMNO Kelantan calon BN PRK DUN Nenggiri
Ahmad Jazlan (dua dari kanan) bersama Mohd. Azmawi Fikri (dua dari kiri) pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Kelantan, Kota Bharu hari ini.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani,38, diumumkan sebagai calon bagi Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Kelantan di sini hari ini.



Terdahulu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan pada 13 Jun lalu.

Kekosongan kerusi itu dilakukan selepas beliau menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Bersatu mengenai pengguguran keahlian bekas ADUN Nenggiri, Mohd. Azizi Abu Naim daripada Bersatu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon selain pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button