Liverpool temui pengganti Salah

Liverpool temui pengganti Salah

Liverpool temui pengganti Salah
GORDON dianggap sebagai pilihan tepat untuk Liverpool sekiranya mereka sedang mendapatkan pengganti Salah. – AFP

LONDON – Liverpool digesa untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Newcastle United, Anthony Gordon yang dianggap sebagai calon terbaik pengganti bintang mereka, Mohamed Salah.

Salah memasuk tahun terakhir kontraknya di Anfield dan masa depan pemain berusia 32 tahun itu dilaporkan masih tidak menentu, menyebabkan Liverpool perlu bijak dan cepat membuat keputusan.

Bekas pemain Liverpool, Dietmar Hamann percaya bahawa Gordon adalah pilihan terbaik untuk masa depan The Reds ekoran potensi yang dimiliki selain dia juga merupakan peminat pasukan itu sejak kecil.



“Tidak ada seorang pun yang mampu meletakkan jangkaan ketika Liverpool mendapatkan Salah, tetapi anda semua boleh saksikan impak besar yang telah diberikan oleh Gordon dalam saingan Liga Perdana.

“Dia melakukannya ketika di Everton lagi walaupun ketika pasukan itu berdepan kesukaran dan membuktikan kemampuan ketika ini bersama Newcastle. Dia adalah salah seorang pemain terbaik dan saya fikir Gordon adalah pilihan bijak untuk Liverpool.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin




“Newcastle juga perlu melepaskan beberapa pemainnya kali ini, jadi Liverpool boleh mencuba nasib untuk memberikan mereka tawaran mendapatkan Gordon.

“Khvicha Kvaratskhelia juga telah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Napoli dan calon yang bagus untuk Liverpool, namun saya tetap berpendapatkan bahawa Gordon adalah pilihan yang lebih baik,” katanya.

Difahamkan sebelum ini Liverpool telah memujuk Newcastle untuk melepaskan Gordon, namun rundingan tersebut gagal selepas The Magpies dilapor mahu The Reds melepaskan Jarell Quansah sebagai subjek pertukaran dalam perpindahan tersebut. – AGENSI

Liverpool temui pengganti Salah

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wan Ahmad Fayhsal Akan Di Gantung 6 Bulan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button