Malaysia catat nilai perdagangan tertinggi cecah RM1.396 trilion

Malaysia catat nilai perdagangan tertinggi cecah RM1.396 trilion

Malaysia catat nilai perdagangan tertinggi cecah RM1.396 trilion

Kuala Lumpur: Malaysia berjaya merekodkan nilai perdagangan tertinggi bagi separuh pertama tahun ini, bernilai RM1.396 trilion peningkatan 8.4 peratus tahun ke tahun.

Perdagangan Malaysia itu mengekalkan trajektori peningkatan, berkembang secara konsisten sejak Januari 2024 dan merekodkan kenaikan 8.7 peratus tahun ke tahun pada Jun 2024 kepada RM237.81 bilion.



Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, nilai perdagangan tertinggi itu didorong oleh eksport dan import yang kukuh pada bulan Jun 2024.

Katanya, eksport mencatatkan pertumbuhan bagi bulan ketiga berturut-turut, meningkat 1.7 peratus kepada RM126.05 bilion manakala import naik 17.8 peratus kepada RM111.76 bilion.

“Eksport dan pelaburan menjadi penyumbang utama dalam perdagangan, justeru inisiatif Miti akan lebih tertumpu bagaimana untuk menarik pelaburan dan meningkatkan eksport negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin




“Inisiatif Miti sepanjang suku kedua 2024 seperti menarik pelaburan berpotensi melalui hubungan dagang dengan Qatar (berjaya menarik RM700 juta eksport berpotensi), Kazakhstan (RM1.7 bilion), Uzbekistan (RM700 juta) turut menyumbang kepada peningkatan perdagangan negara,” katanya pada sidang media Kad Laporan Miti Suku Kedua 2024, di sini, hari ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, Miti melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) menyasarkan pelaburan diluluskan bagi tahun ini akan meningkat kira-kira lima peratus berbanding direkodkan tahun lalu (RM329 bilion).

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun sudah melepasi sasaran pelaburan ditetapkan pada suku pertama tahun ini.



“Saya percaya Malaysia dapat meraih pelaburan diluluskan lebih tinggi pada 2024 selepas merekodkan jumlah tertinggi dalam sejarah sebanyak RM329.5 bilion tahun lalu

“Namun, kami akan menyemak semula angka sasaran (pelaburan diluluskan) berikutan yang ditetapkan sebelum ini sudah dicapai pada suku pertama 2024.

“Bagi tahun ini pertumbuhan pelaburan selalunya selari dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan untuk itu kami meletakkan dahulu sasaran peningkatan lima peratus sesuai dengan unjuran 4.0 ke 5.0 peratus pada 2024,” katanya.

Malaysia catat nilai perdagangan tertinggi cecah RM1.396 trilion

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wan Ahmad Fayhsal Akan Di Gantung 6 Bulan

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button