Mungkinkah 20 Julai Akan Memberikan Sinar Kepada DS Najib?
Mungkinkah 20 Julai Akan Memberikan Sinar Kepada DS Najib?
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini.
Ia akan dimulakan dengan majlis bacaan surah Yasin dan doa selamat di Masjid Negara pada jam 5.30 petang, 18 Julai ini.
Manakala khutbah khas akan dibacakan pada solat Jumaat keesokannya di Masjid Negara.
Ini diikuti dengan majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Sabtu, 20 Julai bermula jam 10 pagi di Istana Negara.
Pada hari sama, akan diadakan Majlis Santapan Diraja jam 8.30 malam di Istana Negara.
Dan seperti kebiasaan, apabila ada sambutan hari kebesaran negara maka YDP Agong akan berkenan untuk memberikan pengampunan.
Kuasa pengampunan adalah kuasa prerogatif YDP Agong dan ianya tercatat dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebagai rakyat yang menjunjung teguh prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang.
Kita masih lagi tidak berputus asa untuk melihat agar DS Najib diberikan keadilan yang sepatutnya.
Sudah terlalu lama hak keadilan untuk DS Najib dinafikan oleh pelbagai percaturan politik yang berada di tampuk kuasa.
Hanya institusi Di Raja sahaja yang dapat membetulkan keadaan ini.
Dan hanya SPB YDP Agong sahaja menjadi harapan terakhir kita untuk melihat hak keadilan untuk DS Najib yang selama ini dinafikan, dikembalikan.
Semuga pada hari Pertabalan SPB YDP Agong ke 17 akan membawa sinar kepada bekas perdana menteri Malaysia, DS Najib Razak.
Kepada Allah SWT kita berharap dan berdoa semuga digerakkan SPB YDP Agong memberikan pengampunan kepada DS Najib.
Mungkinkah 20 Julai Akan Memberikan Sinar Kepada DS Najib?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin
- Bila Putera Gunung Ledang Tidak Faham Undang Undang
- Jailani Khamis Terpaksa Menjadi Keldai Percaturan Politik PAS